Powered By Blogger

Saturday, November 20, 2010

aku dh temui si dia yg dambakan

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat  kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama  memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda-ganda lagi

Friday, November 19, 2010

rentetan perjalanan lahirnya aku

Penantian ibuku yang sarat menampung beban selama hampir 12 bulan berakhir dengan jeritan tangisanku yang pertama tepat jam 7.45pm pada bulan 3 hari ke 16...
aku..aku insan biase..hidup dlm masyarakat kampung yang aman damai...
hari2 ku lalui tiada yang istimewa seperti teman2 sebaya... hidupku seorg diri..aku dengan duniaku... aku takut pada org..aku tak suke bergaul...hidupku hanyalah buku...
dunia ku mula berubah ketika usiaku meningkat remaja... ku kenal dunia..baru ku tahu erti kehdupan.. perubahan masa..walaupun ku telah mengenal dunia..dunia globalisasi di mana setiap org bersaing utk majukan diri... aku masih dengan diriku..
Syukur Alhamdulillah... walau diri ini tidak seberapa... tapi aku bangga dengan diriku.. apa yg sering aku anggankan ketika aku peruntukan masa aku dengan diriku dulu masa aku diawal usia 7 tahun...kini semua menjadi kenyataan... Syukur padamu Tuhan.. walaupun aku tahu org disekellingku tidak bangga dengan diriku..tapi aku bangga dengan diri aku sbbnya hanya satu... kerana... AKU TAHU SIAPA AKU...

rutin kehidupanku

seawal jam 8.00am aku sudah mula bergrak ke tempat kerjaku.. tiada yang menarik... aku melakukan kerja dengan satu niat... aku kerja kerana Allah kerana mahu mencari rezeki yang halal utk diriku..keluargaku..dan masa depanku...
jam 5.00pm... aku bersiap utk pulang... jika terasa hati aku kesunyian..aku akan bawa diriku ke tempat yang paling aku suka dari dulu, kini dan selamanya.... ke pantai... hatiku akan bertambah tenang dan tenteram apabila mendengar deruan ombak, menghirup udara pantai... sesekali jika aku terlalu tertekan dengan masalah dunia... aku akan cakap sorg2... pantai,ombak,air laut adalah ibarat temanku yg amat setia... ia x pernah jemu mendengar luahan hatiku....
aaaaaaaaaaaaaaahhhhhh... dunia penuh dugaan... tapi aku bersyukur.. aku dikurniakan pancaindera yang dapat membantuku menimati nikmat Allah disamping mengsyukurinya...
Alhamdulillah...
Hidup umpama roda.. putar pusing..sampai masa kita jadi pening... cuma satu sahaja ubat untuk menghilangkan pening... kita kembali kepadaNya... Dia Yang Maha Mencipta...........

kehidupanku

Penantian ibuku yang sarat menampung beban selama hampir 12 bulan berakhir dengan jeritan tangisanku yang pertama tepat jam 7.45pm pada bulan 3 hari ke 16...
aku..aku insan biase..hidup dlm masyarakat kampung yang aman damai...
hari2 ku lalui tiada yang istimewa seperti teman2 sebaya... hidupku seorg diri..aku dengan duniaku... aku takut pada org..aku tak suke bergaul...hidupku hanyalah buku...
dunia ku mula berubah ketika usiaku meningkat remaja... ku kenal dunia..baru ku tahu erti kehdupan.. perubahan masa..walaupun ku telah mengenal dunia..dunia globalisasi di mana setiap org bersaing utk majukan diri... aku masih dengan diriku..
Syukur Alhamdulillah... walau diri ini tidak seberapa... tapi aku bangga dengan diriku.. apa yg sering aku anggankan ketika aku peruntukan masa aku dengan diriku dulu masa aku diawal usia 7 tahun...kini semua menjadi kenyataan... Syukur padamu Tuhan.. walaupun aku tahu org disekellingku tidak bangga dengan diriku..tapi aku bangga dengan diri aku sbbnya hanya satu... kerana... AKU TAHU SIAPA AKU...

renungan kita bersama

Kalkulator Cinta : Ada benarnya apa yang dibincangkan oleh lily.miss itu.
Tetapi sebagai seorang lelaki, seorang suami, seorang ayah ada banyak benda
yang berputar diruang fikiran seorang lelaki yang kadang-kadang tidak mahu
mengambil serius benda-benda yang remeh temeh ini. Cumanya tanggungjawab
sebagai seorang lelaki itu haruslah dilaksanakan sebaik mungkin untuk menghindari
banyak hati-hati yang kecewa. Pengubatnya memberikan mereka hadian sebagai ingatan
bahawa mereka amat disanjungi.

Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi,
hati saya berbisik sendiri.

Berulangkali.

Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb,
semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.

Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi
seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah,
 tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung
 bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta.

‘Kalkulator cinta’.**

Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya.

Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan,
 I love you my dear, maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka.
Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi
dan dihargai.

‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.

Saya berangan-angan lagi.

Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar
membeli di pasar tani dengan kata-kata : ‘Cantiknya awak hari ni!
Macam nak pergi mengurat mamat benggali!’. Maka aktiviti tolak akan
berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, kata-kata yang kasar amat
 dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar demi
 kasih dan cinta suami kepada isteri.

‘Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.


HATI SEORANG ISTERI
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujud atau
 tidak alat sedemikian. Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi
 sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.

Salah satu darinya diutarakan melalui ruangan komentar pada artikel,
JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Renungan buat suami dan isteri.
Beliau yang menamakan diri sebagai Lynn meluahkan isi hati :
“Saya suka membaca perkongsian ini. Saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga.
Sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun), suami tidak pernah memujuk, berbual,
 berkomunikasi (hanya bila mahukan hubungan intim) malah tidak pernah memberitahu
apa yang disukai atau apa yang tidak disukai.

Saya bagai hidup dengan ‘stranger’ setiap hari saya menangis mengenangkan hal ini.
Saya tidak mahu ‘selfish’, anak saya sudah 3 orang walau saya masih muda (belum
menjangkau 30 tahun). Saya sayangkan rumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih
kerana rasa langsung tidak dihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim.
Saya bukan wanita berkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh
perhatian kepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak.
Bila jadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa ‘useless’. Apa yg patut saya
buat/fikirkan?
Banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :

"Maaf abang tak tahu nak cakap apa.”
Saya sangat kecewa. Saya tak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan
 menyayangi saya.

Saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihan lain saya
izinkan dia berkahwin. Mungkin suami akan berubah kepada yang lebih baik
dengan cara ini tapi tiada jawapan dari suami dan hubungan kami berterusan
 hambar beku seperti ini.

Harap ustazah sudi memberikan pandangan.

WANITA DAN KATA-KATA CINTA
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi oleh Puan Lynn.
 Sebagai seorang wanita, saya maklum, belaian jiwa dari seorang suami yang
dijelmakan melalui kata-kata seperti ucapan sayang, bicara yang lembut,
 mahupun sekadar lafaz terima kasih, banyak memberi kesan dan ransangan
 yang positif terhadap keutuhan rumahtangga yang dibina.

Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkan penghargaan
 dari suami tercinta. Sesaat lafaz sayang diperdengarkan, sudah cukup meredakan
keletihan isteri berbakti untuk anak-anak dan suami. Sepatah ucapan terima kasih
 diberikan, sudah cukup menjadi penawar yang meredakan resah isteri berdepan rutin
 yang sama di kebanyakan hari.

Hanya semudah itu, seorang suami dapat mengungguli emosi isteri yang dikasihi.
Ia tidak banyak memakan masa, menagih kudrat dan tenaga dan tidak
juga menelan belanja yang tidak terjangka nilainya.

Cukup hanya sekadar kata-kata mesra.

Namun begitu, sebagaimana kata-kata yang saya titipkan di laman fb,
sebagai peringatan kepada teman-teman, juga untuk tatapan dan renungan diri sendiri,
saya menukilkan :

“ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi
apa yang kita perlukan.”

Saya akur, bukan semua wanita, bertuah dapat menikahi jejaka yang ‘cukup’
serba serbi. Seorang yang soleh dan bertaqwa, pandai pula berlawak jenaka,
mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambat sukma,
juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri di bawah seliaannya.

Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!

Kerana itu, saya melontarkan satu persoalan :

“…antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?”


IF MAN COULD TALK
Demikian satu judul buku yang dikarang oleh, Dr Alon Gratch, seorang pakar
psikologi klinikal dan juga seorang pensyarah di dalam bidangnya.
Beliau banyak menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk New York
Times dan Wall Street Journal.

Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih
mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan,
yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit
 untuk ‘membuka’ diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya,
 kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami,
atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.

Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui
 sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah
 dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis
menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.

Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan
kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti,
 meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami
 terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.

Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan
 ucapan mesra semata-mata ( verbal ), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus
dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku ( non-verbal ).

Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa,
 ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan,
 juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya
sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.

Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang
dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan
 cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana
pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna,
lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.

Justeru itu, pandanglah keadaan ‘tanpa suaranya’ ini sebagai satu kelebihan,
kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang
punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi
kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.


BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN
Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang
 suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan
kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat
dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :

1. Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir,
sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita,
lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda
menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu,
baginda keluar dan bersabda : “Bila seseorang di antara kamu melihat
 seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya,
kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada
pada wanita tersebut." ( Hadis riwayat Tirmidzi )

2. Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a,
dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid,
lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat
aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan,
 lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku,
lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku,
lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin
Manshur)

Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan
 oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam
sangat mementingkan komunikasi non-verbal ini, kerana sememangnya bahasa tubuh,
 dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang
antara suami isteri.


PRO-AKTIF
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri
 yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga
dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya,
bak kata pepatah Inggeris :

‘What you give, you get back’.

Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.

Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha
yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan
keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa.
Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan
 yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.

Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.

Selebihnya, mungkin perkongsian pengalaman dari dua wanita ini,
dapat membuka mata dan hati wanita lain yang membaca.

Itu harapan saya.


KALKULATOR CINTA
Akhirnya, buat Puan Lynn dan para isteri di luar sana, saya suka berkongsi
 beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus memuhasabah sikap,
tindakan dan perlakuan saya sehari-hari, terutama dalam menunaikan hak suami
dan pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri.

Firman ALLAH SWT :

???????? ????????????? ????????? ???????? ???????????? ????? ???????? ?????? ??????? ????? ????? ????????? ??????? ????? ???????? ????????? ????? ??????? ????? ??????????

Maksudnya : “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat,
maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu)
hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya.
Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” ( Surah al Anbiya’ ayat 47 )


Dan firman-Nya lagi :


????? ???????? ????????????? ????????? ??? ???????? ?????????? ???? ?????? ???????????? ???????? ????????? ?????????

Maksudnya : ”Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya
 (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya
pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.” ( Surah al-Israa ayat 13 )

??????? ????????? ????? ?????????? ????????? ???????? ????????

Maksudnya : "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini
sebagai penghisab terhadapmu." ( Surah al-Israa ayat 14 )

Saya mengakhiri coretan di ruang fb dengan komen balas berisi sedikit
renungan buat diri sendiri dan teman-teman :

“Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita ( isteri )
bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan
akan berikan buat yang berhak ( suami).

Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan
 kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami.

Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri
 sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini.”


Realitinya, kalkulator cinta suami isteri di dalam Islam tidak berkisar
sekadar luahan cinta dan kata-kata yang indah membelai jiwa semata. Ia tidak terhenti
hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki
adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi yang diperakui Ilahi.
Keredhaan ALLAH, matlamat utama cinta mereka. Walau sekecil apa pun usaha yang
dilakukan demi menjamin ikatan yang ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti
diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.

Ameen ya rabbal alamin.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

**( p/s : Sudah pasti bukan kasih uda dan dara yang tidak halal fokus saya,
tetapi cinta mesra seorang lelaki kepada seorang wanita
yang telah diikat dengan akad : aku terima nikahnya.)
--





--
Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!